GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 19 Oktober 2014

Penyakit Baru Ditemui Membunuh Amfibia

Mangsa virus baru yang menyerang amfibia khususnya katak dan kodok di Eropah sekarang. Foto: Dr Stephen Price.
Sejenis virus dan penyakit baru telah ditemui menyerang dan membunuh populasi amfibia di Eropah.
BBC melaporkan, hasil kajian saintis dari beberapa buah institusi zoologi dan biologi di England dan Eropah mendapati, virus ini berpunca dari Utara Sepanyol dan membunuh populasi katak, kodok serta neut iaitu sejenis spesies seperti salamander.
Penyakit ini menyebabkan binatang-binatang berdarah sejuk ini mengalami radang kulit dan mati kerana pendarahan dalaman.
Saintis bimbang pembawa penyakit dan virus ini mungkin telah menyebarkannya ke seluruh Eropah dan boleh membawa kepupusan kepada amfibia.
Penyakit ini dikenalpasti berasal dari kumpulan Ranavirus.
Kajian berhubung penemuan ini telah diterbitkan dalam jurnal Current Biology edisi terbaru, demikian menurut BBC.
Dr Stephen Price, dari University College London dalam laporannya itu berkata: "Penyakit ini adalah sesuatu yang asing bagi kami dan tidak diketahui punca dan kewujudannya sehinggalah ia ditemui. Kini ia ditemui bukan sahaja di Perancis dan Belanda tetapi juga di China."
Menurutnya, kematian dengan jumlah yang banyak pada mulanya ditemui pada tahun 2005 di Taman Negara Picos de Europa, Sepanyol.
Apa yang membimbangkan ialah virus ini boleh melompat dari spesies lain kepada spesies yang lain.
Kini apa yang lebih membimbangkan para saintis ialah kemungkinan untuk virus ini berpindah kepada reptilia.
"Misalnya ular yang memakan katak dan kodok dikhuatiri akan turut dijangkiti virus tersebut dan kini sudah terdapat tanda-tanda itu," kata Dr Price.
Sekurang-kurangnya 41 peratus daripada spesies amfibia di seluruh dunia sudah pun pupus akibat virus, penyakit dan kehilangan habitat.
mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP