GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 19 Oktober 2014

IBU TUNGGAL DICEKUP BERSAMA PASANGAN

  • Ibu tunggal empat anak ini ditahan bersama teman lelakinya dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Yahaya Ahmad, pagi kelmarin.

DUNGUN – Kunjungan seorang ibu tunggal ke rumah teman lelakinya membawa padah apabila dia ditahan bersama pasangannya itu dalam satu serbuan di sebuah rumah, dekat Tanah Lot, pagi kelmarin.

Wanita berusia 33 tahun itu dikatakan baharu dua hari datang ke Dungun dan menumpang di rumah teman lelakinya sementara menunggu tawaran kerja.

Namun, nasibnya kurang baik apabila dia ditahan bersama teman lelakinya itu selepas disyaki mengambil dadah berbahaya.

Ibu tunggal empat anak itu mengakui, dia pernah ditahan kerana disyaki terbabit kes jenayah, selain turut didenda RM3,000 kerana didapati bersalah mengambil dadah.

Namun, hukuman itu gagal memberi pengajaran apabila wanita berasal dari Kampung Raja, Besut itu terjebak semula dalam penyalahgunaan dadah berikutan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah methamphetamine (pil kuda).

Hasil pemeriksaan lanjut dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi di sebuah rumah Jalan Yahaya Ahmad itu turut menemui sejumlah dadah jenis syabu, heroin dan juga pil kuda dipercayai milik lelaki terbabit, yang dikatakan turut mempunyai rekod jenayah lain termasuk memiliki barang kes pecah rumah.

Pasangan itu kemudiannya dibawa ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dungun untuk siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan tangkapan berkenaan.


Sumber Sinar Harian


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP