Pasangan kekasih curi wang tabung masjid, kuil, tokong diCekup
Tweet
Sumber myMetro
SUSPEK ditahan bersama barangan dipercayai dicuri.
Kuala Lipis: Sepasang kekasih yang merancang berkahwin pada Mei tahun depan diberkas polis selepas disyaki terbabit mencuri wang dari tabung beberapa rumah ibadat di bandar ini sejak dua minggu lalu.
Wanita berusia 19 tahun bersama tunangnya yang berusia 22 tahun diberkas anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis ketika cuba memecah masuk sebuah kuil di bandar ini, kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.
Difahamkan, wanita berasal dari Jerantut itu bertindak sebagai mata-mata untuk memerhatikan keadaan sekeliling bagi membolehkan tunangnya yang berasal dari Kerambit, di sini, melarikan tabung berisi wang syiling.
Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, sebelum kejadian, pasangan terbabit yang menyewa sebuah kereta akan meronda di bandar ini pada waktu siang sebelum menjadikan masjid, kuil dan tokong sebagai sasaran.
Menurutnya, kegiatan jenayah pasangan itu terbongkar selepas orang awam melihat mereka dalam keadaan mencurigakan sebelum menghubungi Bilik Gerakan IPD Lipis.
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan