Wanita bunuh lelaki cuba rogolnya digantung
Tweet
Reyhaneh Jabbari
TEHERAN 26 Okt. – Seorang wanita
Iran berumur 26 tahun menjalani hukuman gantung, semalam selepas dia didapati
bersalah membunuh seorang lelaki yang didakwa cuba mencabulnya.
Portal berita al-Jazeera
melaporkan, Reyhaneh Jabbari ditangkap pada 2007 kerana membunuh bekas
kakitangan Kementerian Perisikan Iran, Morteza Abdolali Sarbandi.Agensi berita
IRNA yang memetik kenyataan Pejabat Pendakwa Raya Teheran melaporkan, Reyhaneh
digantung pada waktu subuh.
Kempen di laman web Facebook yang
cuba membebaskannya daripada hukuman gantung itu kini tertulis satu mesej ‘Semoga
roh anda tenang di sana’, sekali gus mengesahkan laporan tersebut.
Pertubuhan hak asasi manusia,
Amnesty International menjelaskan, ibu Reyhaneh dibenarkan melawatnya selama
sejam kelmarin, budaya yang dilaksanakan sebelum seseorang menjalani hukuman gantung
di Iran.
Timbalan Pengarah Program Asia
Barat dan Afrika Utara Amnesty International, Hassiba Hadj Sahraoui menyifatkan
perbicaraan dan siasatan yang tidak adil telah dikenakan ke atas wanita
tersebut.“Berita mengejutkan ini sangat mengecewakan.
Ini merupakan satu lagi rekod hak asasi
manusia yang buruk di Iran,’’ katanya Hukuman gantung ke atas Rayhaneh
sepatutnya dilaksanakan pada 30 September lalu, namun ditangguhkan selama 10
hari.
UTUSAN
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan