GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 27 Oktober 2014

Ceramah Anwar Ibrahim,Laluan pintu keluar masuk UM dikawal ketat

Gambar Sumber : Terkini dihadapan pintu masuk UM
KUALA LUMPUR: Sebahagian laluan pintu keluar masuk utama Universiti Malaya (UM) ditutup kepada orang awam jam 4 petang tadi dipercayai atas faktor keselamatan.
Tinjauan BH di sekitar laluan berkenaan sebentar tadi mendapati hanya kenderaan mempunyai pelekat rasmi UM saja dibenarkan masuk, selain kakitangan serta pelajar UM.
Pemeriksaan ketat turut dilakukan oleh pengawal keselamatan universiti terbabit.
"Pelajar perlu menunjukkan kad mereka sebelum dibenarkan masuk," kata seorang pengawal keselamatan di pintu pagar utama universiti tertua di Malaysia itu ketika ditemui, di sini.
Turut kelihatan, pergerakan polis keluar masuk ke universiti terbabit, malah difahamkan beberapa anggota keselamatan itu mula berkawal di sebahagian lokasi utama seperti di sekitar Dewan Tuanku Canselor (DTC).
Persekitaran di dalam universiti berkenaan juga seperti hari biasa, tidak ada sebarang sekatan dilakukan dan pelajar dibenarkan untuk bergerak ke destinasi dituju termasuk untuk menghadiri kuliah.
Pemeriksaan ketat untuk memasuki universiti itu sejak awal pagi tadi dilaporkan berkait dengan satu program iaitu "40 Tahun: Dari UM ke Penjara" anjuran Persatuan Mahasiswa UM yang akan dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar pada sidang medianya di Parlimen hari ini mengesahkan akan hadir ke universiti berkenaan, 9 malam ini, atas jemputan persatuan mahasiswa berkenaan.
Ia adalah antara siri kunjungan Anwar hari ini sebelum menghadiri rayuan bersabit kes liwat yang akan mula didengar esok di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.
Selain UM, Anwar juga dijadualkan menghadiri beberapa program lain termasuk di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Dewan Mini Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), malam ini.
Jurucakap penganjur program berkenaan yang juga Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dalam kenyataan medianya hari ini tetap akan meneruskan program itu walaupun masih belum mendapat kebenaran pihak pengurusan tertinggi universiti terbabit.
Bagaimanapun, pengurusan UM dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan tidak menerima sebarang permohonan bagi penganjuran program malam ini.
Pengarah Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat UM, Zarina Zainol Abidin, berkata UM selaku pemilik berdaftar kampus berkenaan mempunyai hak mutlak ke atas setiap aktiviti dijalankan atau akan dijalankan di dalam kawasan universiti.
Katanya, sebarang aktiviti dari mana-mana individu atau pertubuhan, jika dilakukan di kawasan kampus terbabit tanpa kebenaran pihak universiti adalah dianggap satu bentuk pencerobohan.
BH


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP