GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 29 Ogos 2011

Menteri guna wang rakyat belajar bahasa Mandarin


* SETIAUSAHA Kebudayaan Britain, Jeremy Hunt bersama isterinya, Lucia.

LONDON – Seorang menteri Kabinet Britain yang juga jutawan, Jeremy Hunt dihimpit kontroversi selepas beliau didapati menggunakan wang rakyat sebanyak £2,500 (RM12,217) untuk belajar bertutur dalam bahasa Mandarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Hunt, 44, diselar banyak pihak kerana beliau boleh mempelajari bahasa tersebut secara percuma daripada isterinya yang berketurunan Cina.

Beliau yang memegang jawatan Setiausaha Kebudayaan dan berstatus menteri kabinet memperoleh gaji sebanyak £135,000 (RM656,426) setahun.

Media tempatan memperoleh maklumat mengenai yuran kelas bahasa Mandarin yang disertai Hunt melalui Akta Kebebasan Maklumat Britain.

Pada tahun lalu, Hunt turut membayar bonus hampir £2 juta (RM9.7 juta) kepada dirinya sendiri hasil keuntungan syarikat penerbitan miliknya, Hotcourses.

Beliau mengahwini isterinya, Lucia di bandar kelahiran wanita itu, Xian, di China dua tahun lalu.– Agensi

* Sumber Kosmo! Online



1 Merujuk kepada perkara diatas :

jeragang 29 Ogos 2011 3:50 PTG  

kalu menteri guna duit rakyat dikata urusan rasmi kalu rakyat guna dikata bantuan atau subsidi.. kalu rakyat minta duit menteri di panggil derma....

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP