GILA GAJET II


Terkini dari relevan Sokmo

Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 26 Ogos 2011

China haramkan lagu Lady Gaga


* Lady Gaga

BEIJING 25 Ogos - China mengharamkan laman web daripada memaparkan 100 lagu daripada artis terkemuka seperti Lady Gaga dan Backstreet Boys, kata kenyataan dalam laman web Kementerian Kebudayaan republik komunis itu.

Kementerian itu berkata, ia bertujuan untuk mengawal 'peraturan' pasaran muzik di Internet, dan lagu-lagu 'yang memudaratkan budaya di negara itu mesti dibersihkan serta dikawal di bawah undang-undang'.

Notis tersebut yang diterbitkan pada 19 Ogos lalu dan dipamerkan dalam laman web kementerian, menyenaraikan lagu nyanyian Lady Gada iaitu The Edge of Glory, Hair, Marry the Night dan Bloody Mary.

Kenyataan itu tidak menjelaskan faktor lagu-lagu terbabit diharamkan namun kebiasaannya China menapis sebarang perkara yang dianggap menyentuh sensitiviti politik.Lirik terakhir lagu Bloody Mary mengandungi ayat 'Oh liberdade, mi amor' (Oh kebebasan, cintaku), dan lagu Hair dengan lirik 'This is my prayer, That I'll die living just as free as my hair' (Ini doaku, Aku akan hidup dan mati dengan bebas seperti rambutku).

Turut disenarai hitamkan oleh kerajaan China ialah lagu daripada kumpulan terkenal Backstreet Boys; penyanyi R&B, Beyonce; kumpulan muzik dari Kanada, Simple Plan dan kumpulan pop Britain, Take That.

Lagu artis Asia yang diharamkan termasuklah penyanyi Taiwan, Zhang Hui-mei yang sebelum ini menghina kerajaan Beijing selepas menyanyikan lagu kebangsaan Taiwan semasa pelantikan bekas Presiden Taiwan, Chen Shui-bian pada 2000.China, yang menganggap Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya, mengharamkan Hui-mei buat sementara waktu daripada membuat persembahan di Tanah Besar dan membatalkan semula iklan produknya.

Pihak berkuasa dilaporkan turut mengharamkan beberapa kumpulan muzik dari luar negara untuk membuat persembahan secara langsung di China, atau meneliti terlebih dahulu senarai lagu bagi mengetepikan lagu yang dianggap sensitif.

Sekatan sedemikian semakin ketat dikenakan terhadap persembahan artis dari luar negara selepas penyanyi Iceland, Bjork menjerit 'Tibet!' ketika selesai menyanyikan lagunya, Declare Independence pada pertunjukan Shanghai 2008.Sejak 2010,

China mengkehendaki semua lagu yang dimasukkan dalam laman web muzik supaya mendapat kelulusan terlebih dahulu, sebagai sebahagian langkah untuk menghapuskan kegiatan cetak rompak. - AFP

* Sumber Utusan Online



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

Google+ Followers

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP