GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 27 Ogos 2011

Gadis lari ikut teman lelaki Nepal


* Norshahira Mohd. Rasul menghilangkan diri dipercayai mengikuti Imthias Khan ke Kathmandu, Nepal.

PADANG SERAI - Seorang gadis berusia 21 tahun dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu.

Gadis berkenaan Norshahira Mohd. Rasul dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani.

Setelah gagal menjejak anaknya, bapa gadis berkenaan Mohd. Rasul Kassim membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan sehari selepas itu.

Ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini, Mohd. Rasul yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, berkata mereka amat risau kerana menurut maklumat daripada polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira mengikut lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos lepas.

Mohd. Rasul berkata, sejak Aidilfitri tahun lalu setelah dia mengetahui Norshahira, yang pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kawasan Industri Padang Meha di sini, menjalin perhubungan dengan lelaki Nepal, juga pekerja di kilang yang sama, dia telah menasihat dan menghalang anaknya daripada meneruskan perhubungan itu. - Bernama

* Sumber kosmo! Online ( terkini )



1 Merujuk kepada perkara diatas :

Sara Shaari 27 Ogos 2011 pada 8:45 PG  

Kalau betul, doakan dia pulang...mana tau law laki tu ugut dia ke hape..kita tak tahu..allahualam..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP