GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 26 Jun 2010

Sepanjang Jalan kenangan ( Gerakan bola )


Setelah perjanjian dibuat oleh Katan dan kuncu kuncu beliau iaitu Kapok ..Bok ..Miki..Niker ..Karten..Growin dan Setapa maka Sidek diberi amanah yang berupah RM2 seorang untuk mengerak rodong rodong ini bagi tujuan menonton Perlawanan bolasepak Piala Dunia dirumah Katan..

Kisah ini terjadi sekitar tahun 1980an dimana kesukaran untuk menonton Piala Dunia ketika itu hanya di rumah orang tertentu sahaja yang mampu memiliki peti Tv..

'' Sidek kome bagi aok 2 rengget sorang sebagai tugas untuk mengerakan kome dari tidur..aok gerak kome dari rumah yerk ''..kata Kapok serius..

'' koi aok gerok takut koi tak sedar..aok tengkoh dinding tepi bilik koi yerk '' tegas Katan..

Seingat lagi sekitar tahun itu Piala Dunia bermain di benua Amerika Selatan bermula pada jam 0200 pagi..kesemua pemuda diatas ini tidak tahan berjaga kerana sebelah siang bekerja teruk ..ada yang kerja kontrak upah mengecat bangunan dan ada yang menoreh..Jadi mereka semua mengambil keputusan untuk tidur dahulu..dan mengupah Sidek untuk mengerakkan mereka..

'' Aok jangan tidur yerk Sidek..kalu tidor kome cukur kepala aok tau '' kata Setapa yang begitu Fanatik meminati Brazil ketika itu..

Dan kebetulan pula Brazil bertemu England pada pagi itu nanti..Setelah perjanjian dibuat maka semua beredar ke rumah masing masing untuk tidor..

'' Weh..Gampang hari dah ceroh..haram budak Sidek ni gerak kita '' jerit Kapok yang kebetulan tertidur di rumah Bok..

'' Mampos lah marah dek Katan ni '' kata Bok pula..

Maka pada jam 1000 pagi itu acara mencukur kepala Sidek terpaksa dilaksanakan dan bertambah frust lagi ketika itu England telah menewaskan Brazil pada peringkat Suku Akhir..

*** Ini kisah benar yang terjadi..cuma terdapat sedikit olahan sahaja..betapa kuat nya pengaruh Bola Sepak Piala Dunia ketika itu ..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP