Lelaki Tidak Lagi Dibenarkan Jual Pakaian Dalam Wanita Di Arab Saudi
Tweet
JEDDAH: Bermula Khamis ini, hanya kakitangan wanita sahaja dibenarkan untuk menjual pakaian dalam wanita di Arab Saudi.
Ia dilihat sebagai satu langkah positif untuk menamatkan rasa janggal di kalangan wanita negara tersebut yang terpaksa memilih pakaian dalam mereka dengan dibantu pekerja lelaki sebelum ini.
"Saya dan beberapa wanita lain berasa kekok untuk melangkah masuk ke kedai pakaian dalam sebelum ini kerana kakitangan lelaki bekerja di dalam kedai terbabit," kata Samar Mohammed.
Satu perintah dikeluarkan oleh Raja Abdullah pada Jun tahun lalu ekoran bantahan beberapa tokoh ulama yang memberi tempoh enam bulan kepada pemilik kedai tersebut untuk membenarkan hanya jurujual wanita bekerja di premis berkenaan.
Pengharaman kakitangan lelaki bekerja di kedai alat kosmetik turut akan berkuat kuasa bermula Julai ini.
"Ini adalah perintah Raja. Semua persiapan sedang dilakukan untuk melaksanakan perintah ini," kata Menteri Sumber Manusia, Adel Faqih.
Pengumuman itu turut memberi peluang pekerjaan kepada lebih 40,000 wanita di Arab Saudi.
* Sumber
Read more...