GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 2 Februari 2012

Tikam rakan berebut tilam



TAWAU: Gara-gara berebut katil dan tilam buruk, seorang lelaki ‘naik hantu’ menikam dada rakan sekerjanya sehingga mati di kem pembalakan di Luasong, 110 kilometer dari sini, kelmarin.

Sebelum kejadian jam 6 pagi, mangsa, Yuhanes Motowbe, 29, dikatakan membawa katil dan tilam usang milik suspek, Rodau Doha, 39, ke dalam biliknya.

Menurut sumber, suspek yang menyedari tindakan itu terus ke bilik mangsa sambil membawa pisau dan berlaku pertengkaran sebelum mangsa ditikam di dada hingga rebah ke lantai.

“Suspek beredar apabila menyangka rakannya itu sudah mati, tetapi mangsa dikatakan bangun semula sebelum mengambil parang dan menetak pergelangan tangan dan muka suspek, sebelum kedua-duanya rebah,” katanya.

Menurutnya, beberapa pekerja di kem berkenaan segera menghantar kedua-dua rakan mereka ke Hospital Tawau (HT) bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, Yuhanes disahkan mati sejurus menerima rawatan, manakala Rodau yang cedera di tangan dan muka, masih dirawat di HT dan ditahan untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, mengesahkan mangsa mati akibat parah di dada.

“Siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan suspek tidak berpuas hati apabila mangsa mengambil katil dan tilam tanpa pengetahuannya sebelum menikam rakannya itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Omar berkata, pemeriksaan di tempat kejadian turut menemui senjata digunakan suspek dan mangsa ketika pergaduhan itu.

“Siasatan mendapati, suspek dipercayai tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah, manakala mangsa memiliki pas bekerja di negeri ini,” katanya. Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

* Sumber myMetro

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP