GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 28 Februari 2014

Anwar Ibrahim menang saman fitnah Papagomo

Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya dalam kes saman fitnah terhadap pengendali dan pemilik blog Papagomo, berhubung penyiaran artikel dan video seks yang mengaitkan pemimpin itu dengan seorang lelaki, tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Rosilah Yop membuat keputusan itu dalam kamarnya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hadir di mahkamah peguam N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili Anwar dan Peguam Jasbeer Singh Kawna yang mewakili defendan, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

N Surendran memberitahu media, mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan tuntutan dan berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri adalah 'Papagomo'.

"Defendan diarahkan membayar sebanyak RM800,000 sebagai ganti rugi kepada plaintif (Anwar) dan kos sebanyak RM50,000,"katanya.

Surendran berkata, dakwaan seksual yang dibuat defendan terhadap plaintif hanya penipuan semata-mata.

Sementara itu, Wan Muhammad Azri yang ditemui pemberita masih menafikan dirinya sebagai Papagomo.

" Tiada bukti kukuh. Muka macam saya, tapi bukan saya, "katanya.

Peguam Jasbeer Singh Kawna berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dan memohon untuk penggantungan bayaran ganti rugi sempena menunggu keputusan rayuan.

Pada 21 Mac tahun lepas, Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri kerana dengan salah dan berniat jahat menyiarkan perkataan lucah dan melampau mengaitkan dirinya.

Dalam penyataan tuntutan itu, defendan telah meletakkan beberapa pautan web yang memaparkan satu siri imej dengan mengatakan lelaki itu adalah Anwar.

Selain itu, menurut penyataan tuntutan itu pada 19 Mac lalu, defendan turut menulis perkataan memfitnah, lucah dan mencarut termasuk membabitkan isteri,  anaknya, Nurul Izzah, dan menantunya yang kononnya terlibat dalam aktiviti homoseksual.

Anwar menuntut gantirugi am; gantirugi teruk; gantirugi teladan; dan faedah pada kadar 4 peratus setahun ke atas jumlah gantirugi yang diberikan.

Beliau turut menuntut satu injunksi menghalang defendan menyiar atau menerbitkan perkataan fitnah dan imej-imej tersebut secara lisan, media cetak, atau melalui Internet.


Sumber sinarharian


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP