Suai padan ke markas maksiat
Tweet
PAKAIAN dalam yang diiklankan dalam Internet.
Puchong: Persaingan sengit perniagaan rumah urut sekitar daerah ini menyebabkan sindiket pelacuran sengaja mengiklankan coli dan seluar dalam pelbagai bentuk serta warna sebagai ‘pelaris’ menarik pelanggan.
Iklan pelik itu tersebar di laman Internet dan pelanggan berminat boleh melakukan suai padan pakaian dalam diminati dengan wanita tukang urut yang diiklan.
Promosi jelik itu terbongkar apabila seorang peminat urutan refleksologi mendedahkannya kepada wartawan Harian Metro.
Lelaki yang mahu dikenali sebagai Faisal, 35, berkata, iklan seluar dalam dan coli itu mula disebarkan pemilik pusat urutan yang berselindung di sebalik rawatan refleksologi kaki.
Lelaki yang mahu dikenali sebagai Faisal, 35, berkata, iklan seluar dalam dan coli itu mula disebarkan pemilik pusat urutan yang berselindung di sebalik rawatan refleksologi kaki.
Menurutnya, banyak pusat urutan Thai, tradisional dan refleksologi dibuka menyebabkan pemilik premis mengiklankan gambar coli serta seluar dalam bagi menambat pelanggan terutama lelaki.
Sumber myMetro
Read more...