GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 7 April 2010

15,000 pekerja pos naik gaji

KUALA LUMPUR 6 April - Seramai 15,000 kakitangan Pos Malaysia Berhad termasuk 1,880 posmen dan kerani pos bakal menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai ini.

Kenaikan pada kadar antara 11 hingga 19 peratus itu bakal menjadikan gaji dan elaun-elaun berkaitan kakitangan pos setara dengan gaji dan elaun semasa kakitangan kerajaan.
.
Penstrukturan semula gaji kakitangan Pos Malaysia yang seiring dengan aspirasi Model Ekonomi Baru (MEB) itu, akan dilaksanakan serentak dengan kenaikan harga surat domestik.
.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semasa mengumumkan kenaikan itu berkata, gaji posmen dan kerani Pos Malaysia pada masa ini berada di tahap yang tidak sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.
.
Menurutnya, gaji pokok posmen sekarang ialah RM610 manakala kerani pos RM710 iaitu di bawah garis kemiskinan.
.
"Gaji dan elaun permulaan posmen adalah 19 peratus lebih rendah daripada gaji kakitangan sektor awam yang setara... selanjut ( klik sini ) ...
,
*** Tahniah en Posmen ...kome ni bila lah pulak nak naik gajinya?.. Hendaknya Syarikat tempat kawan bekerja ni ngikut jejak langkah POS Malaysia jugalah .. ( gambar diatas ehsan google lah )

19 Merujuk kepada perkara diatas :

abu muaz 7 April 2010 pada 8:29 PG  

gaji mereka selama ini berada dibawah tahap kemiskinan!!!! siapa yang perintah negara nii... sampai begitu sekali??? tak sedar la kawan sampai begitu sekali nasib mereka...kalau kerja di Kuala lumpur!!!! patutla ada posmen buang surat merata-rata.

Aku Anak Pahang 7 April 2010 pada 8:30 PG  

Kawan kadang tak minat juga dgn kenaikan gaji ini sebab kenaikan gaji bakal menaikan harga barangan.

Bunyi aje sedap hakikat parah.
Biar gaji tak naik x pe janji barangan dan keperluan makin turun.

Che' Pit 7 April 2010 pada 8:42 PG  

ngeh ngeh ngeh
klasik sungguh gambar basikal dgn topi tu..

teringat wayang gambar dolu2..

Relevan 7 April 2010 pada 8:45 PG  

* Senak juga kawan mikir ni en Abu Muaz..

* Heh he en Yassin..hakikat yang kena tempoh ni..

* Gambar line google tu Cp..hehe ( cilok )

AuntieYan 7 April 2010 pada 8:56 PG  

Salam En. Relevan,

Seronok dengar orang naik gaji. Ini pertam kali dengar posmen naik gaji, kalau tidak, asyik-asyik, polis, askar, cikgu yang naik gaji.

Posmen ni dulu, kelulusannya rendah tu sebab gaji pun rendah, bila kerajaan naikkan gaji k/tangan awam dulu, dia orang pulak dah tidak berada dalam sektor awam, tu sebab gaji depa tak naik, kalau tidak harus dah sama dengan gaji ofis boy...mungkin pun tinggi sikit.

Psssttt...ada angin-angin juga kata k/tangan awam pun nak naik gaji juga...:-) he!...he!...entah ye, entah idak!

eeeda 7 April 2010 pada 9:06 PG  

Adik ipar keja posmen...tahniah naik gaji... rezeki dapat anak pertama.. bulan 3 ari tu.

Tanpa Nama ,  7 April 2010 pada 9:16 PG  

baguslah naik.. yg tak bagusnya May nti bila minyak naik, GST jalan dorang akan berada lebih bawah drp sebelum nih....
perghhhh..bladiful punya politik!!

ehh sori angin lak hehehe....

al-lavendari 7 April 2010 pada 9:56 PG  

elok lah naik tu, sebab semua barang pun sudah naik harga. tapi kawan dah lama betul rasanya tak pos surat.. semua urusan pakai online sahaja sekarang ni.

hai 7 April 2010 pada 10:56 PG  

baru je terbaca berita harini...,harga setem dinaikkan!!

Luffy 7 April 2010 pada 11:54 PG  

harap2 service diorang makin naik lagi
hehe

Relevan 7 April 2010 pada 12:15 PTG  

* Roger2 harap Finaz tidak naik minyak..

Relevan 7 April 2010 pada 12:24 PTG  

* Wslm Auntie Yan..cita cita kawan dulu nak juga jadi posmen ni ..tapi tak kesampaian sebab tak reti bawa beskal masa interview..

* Tahniah juga kepada adik ipar eeeda tu yak..

* Syukur yak endiem..

* Heh heh abang Hamzah..tapi nak mati stem tidak boleh cara online ( stem hasil )

* Baru naik sekali ganda sahaja Hai..

* Moge pos Laju juga akan bertambah laju ya Luffy..

Hashim Zabidi 7 April 2010 pada 12:36 PTG  

Bersoraklah orang naik gaji yek!!!

Dipasaran duit syiling dah tak pakai lagi kecuali Pos Ofis.

Kerajaan kita buat cerita Pak Pandir tak abis-abis...

Relevan 7 April 2010 pada 1:52 PTG  

* Ada banyak benda lagi yang akan naik ni Pak Hashim..macam ada satu pertanda pula..

zulkbo 7 April 2010 pada 2:47 PTG  

salam ..
bertuahlah mereka2 ni
koi dah 9 tahun gaji tak naik2

Relevan 7 April 2010 pada 2:52 PTG  

Wsalam Zul..9 tahun satu jangkamasa yang lama tu..jika bertanam semula getah atau tanam sawit mau dah mengeluarkan hasil..

shameel Iskandar 7 April 2010 pada 7:18 PTG  

saya sokong gaji posmen dianikan. tapi saya kecewa, krana tempat sy posmen elalu buat hal. Surat dimasukkan ke dlm peti surat sesuka hati. No rumash, laluan berapa mereka tak ambil k,ira yg penting surat dpt dihabiskan dri kantungya.

mmg segelinitr posmen sebegini top ia mencemarkan kerjaya posmen yg mulia ini

Hairun Azmi 7 April 2010 pada 11:19 PTG  

Semuga posmen lebih bersemangat selepas ini dan menghantar surat dengan lebih cepat lagi..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP