GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 15 Disember 2010

884 doktor perubatan letak jawatan - Tiong Lai

KUALA LUMPUR 15 Dis. — Seramai 884 orang pegawai perubatan telah meletakkan jawatan bagi tempoh 2007 hingga September lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, terdapat pelbagai faktor bagi peletakan jawatan itu antaranya ialah menerima tawaran sebagai tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Swasta, mengikut pasangan ke luar negara, menerima tawaran pekerjaan lain dan masalah kesihatan.

Tiong Lai berkata, terdapat dua kategori peletakan jawatan iaitu peletakan jawatan dan pelepasan dengan izin untuk berkhidmat dengan agensi kerajaan lain seperti universiti dan pihak berkuasa tempatan.

"Daripada jumlah 884 yang meletak jawatan, seramai 757 pegawai perubatan meletak jawatan untuk tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana agensi kerajaan manakala baki 127 lagi mendapat pelepasan dengan izin,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff pada persidangan Dewan Negara hari ini. - Bernama

*** Patut lah kebanyakan Hospital kekurangan Doktor !..

4 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 15 Disember 2010 pada 9:02 PTG  

Agak buka klinik sendiri lagi ribu riban dapat berbanding kalau keje makan gaji.

Cik SHiNJU 15 Disember 2010 pada 9:09 PTG  

nk jadi doktor dh terlambat... :p

terokai seni 15 Disember 2010 pada 10:19 PTG  

dokto hok enjet sendiri tu tak mboh pulok letok jawatan yerk

Guru 15 Disember 2010 pada 11:42 PTG  

dulu pernah berangan jadi doktor....

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP