Pengasas kumpulan rock SYJ Syed Yusuf meninggal
IPOH 6 Dis. – Pengasas kumpulan rock SYJ, Syed Yusuf Jamalullail, 70, meninggal dunia di rumahnya di Kampung Manjoi di sini hari ini kerana sakit tua.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap selepas solat zohor hari ini.
Kumpulan SYJ yang ditubuhkan oleh Syed Yusuf pernah menggegarkan dunia muzik 80-an dengan genre hard rock.
Selain SYJ, kumpulan muzik yang pernah diuruskan oleh Syed Yusuf ialah Ariwatan yang melahirkan penyanyi Aris Ariwatan.
Anaknya yang juga anggota SYJ, Syed Noor Eduat, meninggal dunia pada 11 Oktober 2006 di Hospital Besar Ipoh kerana komplikasi paru-paru. – Bernama
*** Al Fatihah..
6 Merujuk kepada perkara diatas :
takziah. moga ruh dirahmati.
al-fatihah...
salam..
Innalillah...
Al-Fatihah buat arwah..
kawan memang minat betul ngn kumpulan nie masa pertengah era2 rock keras dulu iaitu tahun 80-an. lagu2 SYJ memang mantap dan paling kawan minat adalah Orang Timur. apapun salam takziah buat keluarga arwah.
SYJ antara kumpulan rock hebat dulu2.
Takziah buat keluarga dan Al-Fatihah untuk arwah, moga dirahmati..
Takziah dan Alfatihah,
aku tak pernah dengar pun, terlalu lama untuk aku. Pape terima kasih untuk sumbangan dia untuk industri kita.
Catat Ulasan