GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 8 Januari 2012

Kerajaan tidak memperdaya rakyat laksanakan BR1M



KOTA KINABALU 7 Jan. - Kerajaan tidak pernah memperdayakan rakyat dalam melaksanakan apa juga program bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sambil menolak dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program BR1M, Rais berkata, kerajaan menambat hati rakyat secara ikhlas dan secara benar.

"Sebagai seorang anggota kabinet Persekutuan yang agak lama berkhidmat, janganlah menuduh tanpa asas. Ini tidak baik untuk negara kita, nanti kita digelar sebagai orang politik yang berbohong.

"Sekiranya pihak pembangkang meneruskan gelagat menipu, terserah kepada mereka. Kami tidak akan terpedaya dan kami tidak akan memperdaya rakyat yang kita beri khidmat dengan amat baik dan setia,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Sabah di Kepayan, dekat sini hari ini.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa kerajaan mampu melaksanakan program BR1M berikutan kekuatan ekonomi dalaman negara yang menjana hasil memberangsangkan.

Najib berkata, kerajaan tidak meminjam daripada Bank Dunia bagi membiayai program berkenaan kerana Malaysia mempunyai kekuatan ekonomi dalaman berikutan pentadbiran yang cekap sehingga berjaya meningkatkan hasil negara sebanyak RM22 bilion tahun lepas berbanding tahun sebelumnya. 

- BERNAMA


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP