GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 5 Disember 2012

Koperal Jenain Subi bebas tuduhan sebabkan kematian Aminulrasyid

KOPERAL Jenain Subi, 49 gembira sambil dipeluk rakan kerjanya selepas dibebaskan di Mahkamah Tinggi Shah Alam

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, dua tahun lalu. 

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September tahun lalu. 

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu. 


Abdul Rahman juga berkata, tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri. 

Pada 13 September tahun lalu, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan kesalahan itu. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi pada 26 April 2010. 

Jenain didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan. - BERNAMA

* Sumber BH


3 Merujuk kepada perkara diatas :

Yunus Badawi 5 Disember 2012 pada 3:16 PTG  

Lepas ni kena dengar pula apa reaksi keluarga dan org ramai

Tanpa Nama ,  5 Disember 2012 pada 7:33 PTG  

Alhamdulillah...

Unknown 11 Februari 2021 pada 7:31 PG  

Niat memberhentikan kereta dengan 15 tembakan,dan pemandu itu mati di tembak di kepala...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP