GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 3 Mac 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Tidur peluk senjata tunggu serangan


PASUKAN VAT 69 berada dalam keadaan siap sedia untuk bertindak menggempur penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu semalam.

LAHAD DATU - Tiada apa yang diharapkan oleh anggota komando skuad VAT 69 Polis Diraja Malaysia selain menyelesaikan krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo dekat sini sekalipun jika terpaksa berkorban nyawa.


Tanpa mahu memikirkan soal kemanusiaan, ada anggota yang sudah tidak sabar menunggu arahan bertindak bagi menggempur kawasan kampung itu yang menempatkan lebih 100 orang ahli kumpulan penceroboh dari selatan Filipina.
Wartawan Kosmo! yang menjejakkan kaki ke kem sub-taktikal pasukan itu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Kampung Tanduo semalam melihat sendiri pengorbanan besar yang dipikul pasukan itu.
Seorang anggota VAT 69 kelahiran Perak mengakui, mereka kini memberi fokus sepenuhnya untuk mempertahankan kedaulatan negara.
"Kamu mesti tahu kenapa kami ada di sini. Di mana ada musuh di situ kami ada. Kami mahu selesaikan semua ini dan balik ke rumah masing-masing," kata anggota berpangkat koperal yang berusia 40 tahun itu.
Seorang lagi anggota VAT 69 menyifatkan pencerobohan oleh kumpulan pengganas itu sebagai satu kerja bodoh.
"Mereka manusia yang hati kering, sanggup buat apa sahaja termasuk berperang.
"Saya sendiri sudah melihat wajah mereka dan saya hanya tunggu masa untuk bertindak," jelasnya.
Ditanya rutin harian seorang komando, dia hanya tergelak.
"Kerja kami ialah bersiap sedia sepanjang masa, tak perlu fikir soal makan atau tidur.
"Kalau tertidur sekalipun, kami peluk senapang," ujarnya.
* Sumber kosmo! Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP