Pengedar Ganja hanya dihukum mengarang Esei ?
Tweet
LONDON - Biasanya tugas menulis karangan diberikan untuk murid-murid sekolah. Namun, kali ini seorang lelaki yang terbukti menjadi pengedar ganja mendapatkan hukuman menulis karangan sepanjang 5.000 kata.
Mahkamah Bristol, England, belum lama ini menjatuhkan hukuman penjara percubaan dan 240 hari kerja sosial untuk Terry Bennett (32), seorang pengedar ganja yang tertangkap tangan menyimpan satu kilogram ganja.
Namun, kerana kecederaan bahu yang dialami Bennett, mustahil bagi dia untuk menjalani hukuman kerja sosialnya. Nah sebagai gantinya, hakim Julian Lambert memerintahkan Bennett, si pengedar ganja, menulis karangan sepanjang 5.000 kata bertema bahaya mengambil ganja.
Hakim Lambert memberi masa hingga awal April bagi Bennett untuk mengumpulkan hasil karyanya. Jika dia gagal memenuhi tarikh akhir, maka Bennett akan terus dihantar ke penjara.
"Saya bertanya kepada hakim sama ada saya boleh menulis karangan ini dengan berimbang dari sisi penyokong dan penentang penggunaan ganja. Namun, hakim mengatakan, kerana ganja haram maka saya hanya boleh menulis tentang keburukan ganja," kata Bennett yang pernah bekerja sebagai tukang paip itu.
"Saya akan cuba yang terbaik menulis soal bahaya ganja yang tak diketahui masyarakat," lanjut ayah dua anak itu.
Bennett ditangkap pada Disember 2011 di kediamannya. Saat itu polis menemui 996 gram ganja dan wang sebanyak 2.685 poundsterling. Bennett dijatuhi hukuman pada Oktober tahun lalu.
Namun, Bennett tak muncul dalam dua penempatan kerja sosial di Yayasan Jantung Britain di Kingswood, Bristol. Mahkamah kemudian memerintahkan Bennett bekerja memindahkan perabot rumah tangga. Malangnya, dia juga tak boleh melaksanakan pekerjaan itu kerana kecederaan yang dialami.
Selain harus menulis karangan, hakim Lambert juga melarang Bennett keluar di malam hari mulai pukul 20.00 hingga 06.00 selama empat bulan. Untuk mencegah Bennett melarikan diri, mahkamah memasang sebuah gelang pengimbas.
* Sumber kompas.com
Terry Bennett (32), dihukum menulis esei 5.000 kata tentang bahaya mengambil ganja. Hukuman ini sebagai hukuman kerja sosial yang tak boleh dijalaninya akibat kecederaan bahu yang dialaminya.
Mahkamah Bristol, England, belum lama ini menjatuhkan hukuman penjara percubaan dan 240 hari kerja sosial untuk Terry Bennett (32), seorang pengedar ganja yang tertangkap tangan menyimpan satu kilogram ganja.
Namun, kerana kecederaan bahu yang dialami Bennett, mustahil bagi dia untuk menjalani hukuman kerja sosialnya. Nah sebagai gantinya, hakim Julian Lambert memerintahkan Bennett, si pengedar ganja, menulis karangan sepanjang 5.000 kata bertema bahaya mengambil ganja.
Hakim Lambert memberi masa hingga awal April bagi Bennett untuk mengumpulkan hasil karyanya. Jika dia gagal memenuhi tarikh akhir, maka Bennett akan terus dihantar ke penjara.
"Saya bertanya kepada hakim sama ada saya boleh menulis karangan ini dengan berimbang dari sisi penyokong dan penentang penggunaan ganja. Namun, hakim mengatakan, kerana ganja haram maka saya hanya boleh menulis tentang keburukan ganja," kata Bennett yang pernah bekerja sebagai tukang paip itu.
"Saya akan cuba yang terbaik menulis soal bahaya ganja yang tak diketahui masyarakat," lanjut ayah dua anak itu.
Bennett ditangkap pada Disember 2011 di kediamannya. Saat itu polis menemui 996 gram ganja dan wang sebanyak 2.685 poundsterling. Bennett dijatuhi hukuman pada Oktober tahun lalu.
Namun, Bennett tak muncul dalam dua penempatan kerja sosial di Yayasan Jantung Britain di Kingswood, Bristol. Mahkamah kemudian memerintahkan Bennett bekerja memindahkan perabot rumah tangga. Malangnya, dia juga tak boleh melaksanakan pekerjaan itu kerana kecederaan yang dialami.
Selain harus menulis karangan, hakim Lambert juga melarang Bennett keluar di malam hari mulai pukul 20.00 hingga 06.00 selama empat bulan. Untuk mencegah Bennett melarikan diri, mahkamah memasang sebuah gelang pengimbas.
* Sumber kompas.com
0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan