GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 5 Julai 2014

BOLA SEPAK PIALA DUNIA FIFA 2014,Brazil Mara Ke Separuh Akhir, bertemu Jerman



 Luiz melengkapkan gol kemenangan Brazil untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia.

FORTALEZA: David Luiz muncul penyelamat Brazil selepas menjaringkan rembatan padu untuk membantu pasukan tuan rumah membenam Colombia 2-1, pada saingan suku akhir Piala Dunia, awal pagi Sabtu.


Kemenangan itu membolehkan Brazil mara ke peringkat separuh akhir di mana pasukan itu akan bertemu dengan Jerman yang melangkah lebih awal selepas menewaskan Perancis 1-0.

Namun, Brazil pastinya berdepan laluan sukar dalam memburu trofi Piala Dunia keenam.

Brazil memperoleh gol seawal minit ketujuh menerusi jaringan kapten pasukan, Tiago Silva selepas menyempurnakan sepakan percuma yang diambil oleh Neymar.

Pasukan kendalian pengurus Felipe Scolari itu tampak berada pada kedudukan selesa apabila Luiz menggandakan jaringan pada minit ke-69.

Namun, Colombia bangkit untuk merapatkan kedudukan menerusi sepakan penalti Rodriguez pada minit ke-79.

Ia merupakan gol keenam Rodriguez yang mengekalkan beliau sebagai penjaring terbanyak setakat ini.

Disebalik kejayaan Brazil itu, penyokong tuan rumah kelihatan resah selepas ayam tambatan mereka, Neymar terpaksa diusung keluar padang selepas dikasari pemain lawan pada lewat babak permainan.

Neymar diusung keluar padang selepas dikasari pemain Colombia.
Namun Brazil berjaya mengekalkan kedudukan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Sementara itu, Scolari mengesahkan Neymar akan terlepas aksi menentang Jerman selepas bergelut dengan kecederaan belakang.

Neymar dilihat berlanggar dengan pemain Colombia, Juan Camilo Zuniga pada aksi suku akhir itu.

"Kami kehilangan Neymar pada saat-saat akhir, berdasarkan pemerhatian saya, saya rasa agak sukar untuk dia beraksi di separuh akhir," kata Scolari.


Sumber mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP