GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 13 April 2010

Lalu sekejap diPekan Kuala Krau

Di Pekan Kuala Krau inilah tempat kawan bermain sekitar tahun 1980 - 1985 .. Tiada banyak perubahan yang terdapat didalam bandar Kuala Krau ini .. Ianya terletak antara laluan Temerloh - Jerantut ..

Hanya kira kira 8 KM dari tempat kawan tinggal ( rumah abah kawanlah ) .. Ada banyak juga Nostalgia bersama Pekan kecil ini yang senantiasa mengamit memori.. dahulu hanya terdapat sebuah kedai buku mamak ..disitu lah kedai yang pertama dituju apabila berada dipekan ini ..

Apabila berlaku cuaca yang tidak diizinkan untuk keluar menoreh terutama pada hari Isnin ..maka kawan dan rodong rodong seangkatan ketika itu akan menaiki bas Tanjong Keramat untuk ke Pekan Sehari yang diadakan pada setiap hari Isnin ..

..
Terdapat bangunan yang telah usang diPekan ini nampak semacam tiada usaha untuk dibaik pulih.. meskipun Pekan ini mempunyai kedudukan politik yang agak stabil ..


Kini baru hanya terdapat perbankan di Pekan ini.. jadi boleh lah penduduk setempat mencucuk kad mengunakan ATM dengan tidak payah lagi untuk ke Bandar Temerloh maupun Jerantut ..
.
*** Serba sedikit sahaja tentang Bandar Kuala Krau ini ..kalau hendak tau lebih lanjut boleh lah ke wikipedia .. apa pun kawan bangga dengan Bandar Kuala Krau ini kerana masih belum mempunyai lagi kedai menjual nombor 4D ...

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP