Lalu sekejap diPekan Kuala Krau
Di Pekan Kuala Krau inilah tempat kawan bermain sekitar tahun 1980 - 1985 .. Tiada banyak perubahan yang terdapat didalam bandar Kuala Krau ini .. Ianya terletak antara laluan Temerloh - Jerantut ..
Hanya kira kira 8 KM dari tempat kawan tinggal ( rumah abah kawanlah ) .. Ada banyak juga Nostalgia bersama Pekan kecil ini yang senantiasa mengamit memori.. dahulu hanya terdapat sebuah kedai buku mamak ..disitu lah kedai yang pertama dituju apabila berada dipekan ini ..
Apabila berlaku cuaca yang tidak diizinkan untuk keluar menoreh terutama pada hari Isnin ..maka kawan dan rodong rodong seangkatan ketika itu akan menaiki bas Tanjong Keramat untuk ke Pekan Sehari yang diadakan pada setiap hari Isnin ..
Kini baru hanya terdapat perbankan di Pekan ini.. jadi boleh lah penduduk setempat mencucuk kad mengunakan ATM dengan tidak payah lagi untuk ke Bandar Temerloh maupun Jerantut ..