GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 14 April 2010

Melirik senyum

Semasa pulang dari Mesyuarat tadi ..kebetulan pergi 2 orang bersama in Charge bernama encik Shaari Yusoh ..

'' Lapor ni bang.. nak singgoh makan mana kita '' ?.. kata encik Shaari bin Yusoh ..

'' Bandar Lama ..kita pekena nasik ayam Cina .. alah yang berniaga bawah panggung Seri Temerloh sekitar tahun 70an dulu ..'' Jawab kawan.. sesiapa peraih dengan kawan dan dibesarkan di Bandar Temerloh ini pasti ingat punya kedai nasik ayam ini kecuali Pak Cik Kordi dan NerZhul sebab beliau beliau ni masih muda sunti lagi ..

'' Ishk..cari kedai lain lah ..koi risau juga nak makan dekat situ '' .. jawab encik Shaari kembali..

Kawan memandu kereta terus ke Kawasan makan Bukit Angin .. gerai yang ada jual ikan patin baung dan segala macam ikan sungai berada disitu..Kami memilih satu Gerai disudut tepi sekali .. ada awek ..lawar ..

'' Aok perasan tak rie ..awek te dari mula kita sampai tadi senyum je kat kita '' kata kawan yang adakala mudah sangat terperasan..

'' A'ah.. nampak dah tadi.. boleh minta nombor telipon gini ' .. encik Shaari berkata ..

Kawan cuba bermain mata dengan awek yang sentiasa senyum tadi.. nampak macam melawan dan dia masih sentiasa senyum lagi ..

'' Noni ambil air ni bawa kat 2 orang abang yang pakai baju putih tu '' jerit tokey Gerai..

Noni namanya.. maka dengan rasa beraninya kawan terus menanya kepada awek yang bernama Noni tadi kebetulan beliau menghantar air yang kami pesan tadi ..

'' Nama adik Noni ye.. boleh tak abang..nak minta nombor Hp dan kenapa adik senyum senyum tadi '' kata kawan dengan gagah beraninya ..

'' Senyum adalah hobi saya Pak Cik .. '' kata awek yang bernama Noni itu..

Luntur semangat kawan bila dipanggil Pak Cik ... dan sekembali bila berada dalam kereta semula encik Shaari berkata '' rupanya kita ni dah tua yak '' kata beliau ..

*** Nasib tidak di cop sebagai Pak Cik yang meronyam .. wakaka!

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP