Senyum dipagi Jumaat ( Skandal )
Lokasi disebuah Taman Perumahan kos sederhana yang mempunyai semangat kejiranan yang tinggi .. Kelihatan 2 orang wanita sedang menjemur kain di persempadanan rumah masing masing maka sempat lagi mereka bersembang sembang .. ( untuk rujukan semula klik sini )
Kak Zakiah : '' Banyak juga membasuh hari ni ye Zita ''..
Rozita : '' Boleh tahan le akak.. Errr..Akak tau tak jiran sebelah hadapan rumah kita ni.. si suami Munirah tu ada skandal dengan staff sepejabatnya ''..
Kali ini Rozita pula yang memulakan upacara gosip mengosip ini ..
Kak Zakiah : '' Oh macam tu.. patutlah sehari dua ini nampak Munirah bermurung saja.. kesian dia ..dapat suami tak punya tanggung jawab anak dah ada 7 masih nak main perempuan lagi ''..
Rozita : '' Orang lelaki ni kak tak cukupnya dengan satu..pantang tengok perempuan berdahi licin mulalah.. nak pula yang dalam satu pejabat.. yang perempuan pula bukan kira apa dah..suami orang ke apa ke semua dia sapu ''..
Kak Zakiah : '' Tu lah dalam pada itu ada Munirah bagi tau akak...bahawa suaminya itu minta izin dia nak kawin dengan perempuan tu..Kalau Akak mesti tak bagi punya ..haram lah dapat suami akak nak kawin lagi ''..
Rozita : '' Kalau Zita pun macam tu juga lah Kak ..erm mana suami akak..selalu time begini dah nak pergi kerja ''..
Kak Zakiah : '' Malam tadi kan ke malam jumaat..selalu malam jumaat suami akak balik rumah Norlili madu akak yang bongsu .. malam esok pula tidor rumah madu akak yang tua..begitulah Zita akak ni hidup bermadu ''..
Kedua duanya pun masuk kerumah setelah siap menjemur kain..
*** Ok lah kak nak gerak ni ...