GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 22 Jun 2010

Sepanjang Jalan kenangan ( padang bermain bola )


Petang itu kelihatan 5 orang rodong yang sangat akrab hendak bermain Bola.. Oleh kerana di Kampung mereka itu tiada padang bola disebabkan Tok 4 yang sangat lembap untuk memohon sebidang padang Bola pun tiada usaha..

'' Sekarang Bola dah ada..padang pula tak ada..kita nak main mana weh? '' kata Jasdi..

'' Moh kita main atas paya yang tinggal tu ..elok je rata ..air paya sudah kering..bukan ada orang nak ngubah padi semua sibuk kerja Gomen '' jawab Yusoh..

Kelima lima rodong itu pun berangkatlah ke paya yang disebutkan tadi..Sudah sampai mereka pun mula memacak tiang Gol yang dibuat dari batang pokok kelat yang banyak subur di tepi paya itu..

'' Kita ada 5 orang tak cukup seorang lagi..mana boleh main..tidak sama banyak..bila tidak sama banyak tentu akan jadi ketidakadilan antara pihak yang bermain ''..kata Azman

'' Lor dah tu Guane ? '' Kata Bakar pula..

Maka bermesyuarat lah mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut..setelah kata putus dibuat salah seorang mesti menjadi Pengadil perlawanan ( Lefri ) maka berlangsung lah perlawanan Bola sepak 2 sebelah dengan jayanya dengan berkesudahan seri 13 sama..

Kini setelah 25 tahun berlalu Kampung tersebut masih lagi tiada padang Bola..meski pun Tok 4 telah silih berganti..kawasan paya tersebut pula telah dijadikan kawasan perumahan..
.

*** Ada tempat punyai Padang bola tapi yang bermain hanyalah Kambing kambing serta Lembu kerbau sahaja..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP