Bertaruh disana sinun
Sumber berita ini di ( siNi )
Setelah selesai membayar harga dua keping roti canai dan juga 2 gelas besar tea tarik yang dipertaruhkan antara perlawanan bola pasukan German dan Ghana maka terkebil kebil lah mata Rosli Ghani..Encik Topik senyum kekenyangan kerana mempertaruhkan kemenangan German keatas Ghana..
Kes judi bola kecil kecilan antara Encik Topik dan rosli Ghani ini boleh dianggap terpencil tapi judi adalah haram tetap haram..bila haram hukumnya berdosa disisi agama Islam..
Rosli Ghani : '' Koi tak mboh dah nak bertaruh taruh ni..meski pun bayar air atas meja je ''..
Encik Topik : '' Lor aok Li..aok yang mengajok kawan..kawan ngikut jer ''..
Rosli Ghani : '' Ce aok baca surat kabo setiap hari mesti ada kes tangkapan berkenaan judi bola ni ''..
Encik Topik : '' Kalu macam tu kita nengok je..jangan bertaruh taruh dah yerk ''..
Malam itu pergilah 2 rodong ke sebuah kedai yang dianggap spesel kerana menyediakan skrin layar yang besar..ramai peminat penyokong bola menonton di situ.. cuma jaraknya jauh sedikit dari kawasan 2 rodong tersebut..
Encik Topik : '' Minyak kereta kawan ni kureng lah Li..hala pergi je sempat rasanye guane ? ''..
Rosli Ghani : '' Gini..malam ni jika Itali menang koi isi minyak..jika kalah sebaliknya lah ''..
*** Lor..susah kan hendak membentras Judi bolasepak ni..