Curi Ayam
Curi Ayam boleh juga disama ertikan sebagai Offside dalam perlawanan Bolasepak.. Terjadinya begini kerana seseorang pemain yang menerima passing bola mendahului bola ataupun menunggu bola berhampiran Gol pihak lawan..yang mana jika pemain pihak lawan berada diatas kecuali penjaga Gol..
Satu hari disebuah warung kopi sambil sambil minum pagi..
'' Aok tengok main bola dalam Tv malam tadi ? ..Ada ka patut bola tu dikira Gol.. Pemain Belanda telah curi ayam..pengadil tak nampak walaupun penjaga garisan telah mengibarkan bendera berkali kali..'' kata Azrul kepada Awie..
'' Tu lah Kampung kita ni..dulu getah sekerap selalu hilang kena curi..sekarang ayam pula kena curi..ayam Belanda pulak tu '' Sampuk Pak Mahad yang mempunyai masalah Sound trouble..
*** Ngantuk lagi ni tengok bola sampai subuh tadi..