GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 5 Julai 2010

Mencari penjaga Gol yang berkaliber


** Sumber Gambar dari Utusan Malaysia

Sana sini bola..piala dunia pun akan sampai ke penghujung..begitu hal juga dengan penduduk penduduk sebuah Kampung dalam daerah terpencil..masih sibuk lagi untuk mencari seorang penjaga Gol dalam kejohanan Bolasepak 9 sebelah anjuran badan kelab mesin jahit Kampung tersebut..

'' Kita masih belum mendapat penjaga GoL lagi weh..nak amik Mak Teh Senah dia latah..nanti dengan tiang Gol ditangkap tak pun jaring Gol berbolot bolot dengan dia ''..kata Kapten Mak Chu Sauyoh..

'' Kita amik Norlaili janda anak 3 te..badan dia slim tinggi suai ngat jadi penjaga Gol '' ..sampuk Kak Nora pula..

'' Jangan panik..nanti kome bagitau Alang Shamsiah..dia terer lagi pun dia bekas pemain polo air peringkat sekoloh dia dulu..memang terer dia nangkap bola nanti ''..kata Mok De Memon..

''..Arhghh Alang Shamsiah tak boleh..dia masih dalam pantang lagi anak yang ke 6..nanti berecir ''..kata Kapten Mak Chu Sauyoh..

Sukar juga untuk mencari penjaga Gol ini..hendak tak hendak mereka memilih juga Mak Teh Senah yang latah itu..

Setelah selesai kejohanan pasukan Bola yang di teraju oleh Mak Chu Sauyoh ini mendapat tempat kedua dalam kejohanan tersebut bersama hadiah hadiah yang cukup lumayan iaitu 7 hari melancong ke Pulau Bali Indonesia..

Tinggal lah Suami suami mereka ini tercongok congok menjaga anak masing masing..diceritakan juga bahawa kapal terbang yang dinaiki oleh mereka menjadi Gamat dengan kelatahan penjaga Gol iaitu Mak Teh Senah..

*** Piala Dunia hampir keakhir nya..kawan tak sokong mana mana dah..sebab pasukan pilihan kawan iaitu Ghana telah tewas dalam saingan suku akhir..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP