GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bila aduan tidak secukup raSa

Sedang kawan membuat kerja kerja kutipan sisa pepejal ( Sampah ) tiba tiba satu panggilan talipon dari in Charge kawan..

'' Weh?..tmn Tunjang Laksana sampah tidak diambil sudah satu bulan..nanti aok buat kutipan sana tengok betul ke aduan ini..kalu betul parah ni..''...kata in Charge kawan..

'' Orait boss..apa pun koi lapur kat boss nanti ''..jawab kawan..




Begitu lah manusia..jika ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan yang diberi..boleh bercakap dengan sesuka hati..Memang sekarang Laluan kutipan sampah di kawsan kome ni mengalami sedikit gangguan..serentak pula dengan musim buah buahan maka kuantiti sampah akan meningkat berganda ganda..

Tapi kerja kerja tetap diteruskan..Sampah sarap di dalam kawasan perkhidmatan tetap di angkat juga untuk di lupuskan..

Ada segelintir pengguna yang tidak mengetahui bahawa di daerah tempat kawasan kome bekerja ini tiada tapak Pelupusan ( LandFill )..akibat telah di tutup kerana telah tidak dapat menampung sampah lagi..Jadi terpaksa menghantar lupus sampah ke satu Lokasi yang jauh yang berjarak 42 km sehala..Sekarang pihak berkuasa tempatan sedang bertungkus lumus untuk mencari tapak baru yang sesuai




* Ini ada lah sampah Domestik yang di katakan tidak di ambil selama satu bulan..


Sesampai sahaja di hadapan rumah yang membuat aduan tadi..kawan pun merakam gambar untuk di MMS kepada boss kawan..

'' Lor..Man ni yang dikatakan sampah tidak di ambil satu bulan ''..tanya in Charge kawan..

'' A'ah boss..ni lah dia nya..dah lah guna tong sampah yang tidak mengikut Standart '' ..kata kawan..

'' Ada tuan rumah tak masa aok ambil sampah ni ''..tanya in Charge kawan lagi..

'' Tidak ada..pintu hadapan berkunci semua tingkap bertutup rapat..balik kampung agaknya '' ..kata kawan lagi..

'' Orait Man..tq ..koi nak lapur pada pihak atasan nak tutup aduan ini ''..kata in Charge kawan lagi..

*** Kawan sudah 24 tahun bergelumang dengan sampah sarap ini..Alhamdullilah..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP