Tengahari tadi di sebuah pasar raya
Jam 1345 tadi kawan sempat masuk ke sebuah paSar raya..untuk membeli dan belah bagi bahan bahan buat berbuka pada petang ini..yang utama Akak sudah pesan beli bawang besar..
Setelah mencapai sebijik bakul kawan pun mula lah mengambil barangan keperluan..siap dengan lauk pauk dan sayur sayuran..dan juga Sardin cap ayam peberet kawan untuk di buat Tom Yam..
Bila tiba time nak membayar..punya lah panjang barisan..ini yang membuat kawan menjadi lemah untuk beratur..biasa semua kuanter buka..tapi hanya 2 kuanter saja yang di buka..macam ada masalah kat komputer kuanter bayaran..
Oleh kerana kawan ni jenis orang yang tidak suka berbaris maka kawan tinggalkan je bakul yang penuh dengan sayur sayuran dan lauk pauk tadi..terus sahaja menyelit dan keluar dari pasar raya tadi..jawab nya esok hari pula lah dapat makan Tom yam sardin..
Sampai di rumah Akak tanya.. '' Mana bahan nak masak buka ni ''...
'' Kita guna lauk semalam sahaja ''..jawab kawan..
*** Kiranya kawan ni tidak lah berapa teruk sangat orang nya yer.. he he!