GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 21 Oktober 2010

Gigi palsu tertuduh kes dadah, terpelanting keluar

MELAKA 20 Okt. – Mungkin kerana terlalu gelabah ketika menjawab soalan jurubahasa Mahkamah Sesyen di sini hari ini membuatkan gigi palsu yang dipakai seorang lelaki terpelanting keluar dari mulutnya.

Kejadian lucu itu berlaku ketika Rosli Md. Isa, 43, sedang berdiri di kandang tertuduh cuba menjawab soalan jurubahasa yang membacakan pertuduhan kes dadah terhadapnya.

Ketika tertuduh ingin berkata sesuatu, secara tiba-tiba gigi palsu yang dipakainya terpelanting keluar lalu jatuh di kakinya.

Kejadian tersebut hanya disedari beberapa orang awam, seorang wartawan dan anggota polis mahkamah kerana ketika itu sebahagian daripada 20 ahli keluarga tertuduh asyik menangis sepanjang prosiding.

Seorang lelaki yang menyedari kejadian itu, dipercayai ahli keluarga tertuduh telah mengambil gigi palsu itu lalu memasukkannya ke dalam bekas plastik untuk diserahkan kepada anggota polis.. berita penuh di ( siNi )

Ini ada sedikit cerita tentang gigi palsu juga..

'' Aok hairan tak kalu koi kata..koi boleh mengosok gigi sambil meniup trompet ''...

'' Hairan lah..mana boleh..sungguh tidak logik dek akal ''....

'' Lorr..koi gosok gigi palsu lah..cabut dan gosok..sambil tu boleh lah tiup trompet..

Kawan itu angguk tanda setuju..

*** Gigi patah kat depan terhantuk setering lori..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP