GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 6 November 2010

Malam minggu yang mesra ( menangkap hantu 1989 )


Ada orang kampung yang mengatakan kawasan bawah pohon Pulai itu keras.. Ini yang menyebabkan kelima lima rodong tidak berpuas hati..

'' Malam ini kita menangkap hantu nak ''..ajak Niker..

Kelima lima rodong membuat persetujuan..kerana malam minggu ini semua berada dalam kepokaian..jadi untuk memenuhkan aktiviti mereka..ini lah perkara pelik yang akan mereka lakukan iaitu menangkap hantu..

Bok membawa jala..Niker dengan ' torch light ' besarnya..Miki pula membawa Cota..Aduk pula dengan keminyan..sementara Kapok hanya menbawa diri sahaja..

Waktu yang dijanjikan telah tiba..

'' Rasa macam nak terkencing ni ''..sahut Aduk..

'' Dasar penakut..tadi kenapa setuju sangat nak ikot ''..kata Kapok..

Setelah sampai di kawasan pohon Pulai itu..mereka ternampak kelibat dengan bunyi gelak ketawa..Bok telah mula membuka jala..dengan harapan agar dapat menangkap hantu tersebut.mana tau boleh jual..

Dengan tanpa berlengah serta merta Bok terus saja menebar jala..dan hantu yang ditangkap meronta ronta..

'' Kita bawa rumah Tok 4..kita pakat kawin kan saja hantu ini ''..kata Niker..

'' Melampau aok..kalu nak skodeng koi pun jangan lah sampai tebar dengan jala ''..kata Norman

Kini Norman telah mempunyai anak 7 setelah berkahwin dengan Zuraidah pasangannya.. sememang orang kampung selalu menyangkakan kan Norman dan pasangannya itu adalah hantu pohon Pulai tapi tidak bagi kelima lima rodong itu..

*** Ha! ha! Norman di harap aok tidak menjumpai blog kawan ini..

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP