Senyum dipagi hari Jumaat ( keputusan PMR )
PUTRAJAYA – Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A meningkat 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lalu.. ( satu petikan akhbar hari ini )
Ini ada sembang antara Kak Zakiah dan Rozita sewaktu mengemaskini bahagian hadapan rumah masing masing..
'' Banyak dapat cemerlang keputusan PMR semalam ye Kak ''..kata Rozita memulakan bicara.
'' A'ah..berkat usaha masing masing..anak anak berjaya..ibu bapa tumpang bangga '..jawab Kak Zakiah..
'' Betul tu Kak..mengulangkaji di luar waktu sekolah pun amat penting begitu juga dengan kelas tuisyen...tentunya dapat membantu ''..kata Rozita..
'' Sebut pasal kelas tuisyen ni..Akak sungguh tidak berpuas hati dengan setesen Tv yang menyiarkan kisah anak anak penoreh getah dan juga petani tidak mampu untuk menghantar anak anak ke pusat tuisyen berbayar ''..kata Kak Zakiah..
'' Kenapa pula begitu Kak? ''..tanya Rozita..
'' Yer lah..Akak tak rasa kan anak penoreh getah adalah golongan yang susah sekarang ini..Zita tau tak berapa harga sekilo getah sekarang?..penoreh mendapat hasil berpurata 3k - 5k sebulan.. macam kita ni baru dikatakan susah gaji suami kita pun sedang sedang saja''..kata Kak Zakiah..
Perbualan mereka terhenti di situ..dalam hati masing masing berkata alangkah eloknya jika mereka ada kebun getah masing masing..
*** Tak tau ke betapa sakitnya pinggang ini ketika menoreh getah ..