Aliran trafik yang perlahan
Tadi semasa masuk bandar..nampak kereta bertali arus..tapi aliran trafiknya perlahan saja..ingat apa rupanya ada awek jatuh motor..
Bila pulang ke rumah..buka komputer..macam biasa acara sudah menjadi rutin..buka blog buka twitter buka Facebook buka email..
Bila buka blog nampak aliran trafik slow juga..patut lah bila masuk blog AAP tadi dia tutup kedai..tak meniaga dia hari ini..
Berkemungkinan trafik menjadi slow akibat beberapa perkara di bawah ini : -
1. Ramai blogger pergi kenduri kawin atau pun ada blogger yang berkahwin hari ini ( selamat pengantin baru )
2. Ramai blogger sedang menuju ke Stadium Bukit Jalil..
3. Ramai blogger sedang berhabis duit untuk memastikan pembelian perkara yang bersangkutan dengan persekolah anak anak ( ini bagi blogger yang sudah punyai anak ..tidak melibatkan Pakcik Kordi dan kawan kawan beliau )
4. Ada blogger muda yang kena bebel oleh ibu dan bapa mereka kerana cuti persekolahan begini tiada membuat kerja lain..hanya berkepit dengan Laptop mau pun desktop..
5. Segelintir blogger sedang dating sekarang ini ( termasuk Azman Zahari )..
*** Hah ! ada lah yang nak kena baling dengan peti sejuk ni..