GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 28 Disember 2010

Piala Suzuki AFF: Skuad negara perlu kekal rentak serangan


IPOH 28 Dis. – Pasukan bola sepak negara yang menewaskan pasukan negara jiran Indonesia 3-0 Ahad lepas perlu mengekalkan rentak menyerang dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010, yang akan berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta esok.

Anggota Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata skuad ”Harimau Malaya” bakal berhadapan serangan bertali arus skuad ”Garuda” dalam perlawanan yang dijangka sengit.

"Saya percaya skuad negara mempunyai harapan besar memastikan misi berjaya tetapi harus mengekalkan prestasi sepanjang 90 minit perlawanan.

“Perlawanan yang dimenangi di tempat sendiri sebelum ini berbeza dengan tempat lawan. Semua pemain harus sedar permainan di tempat lawan adalah berbeza dan mereka harus memastikan kesihatan mental dan fizikal berada di tahap terbaik,” katanya di sini hari ini.

Raja Ahmad, yang juga bekas Naib Presiden FAM, berkata, skuad negara tidak seharusnya berasa selesa dengan kelebihan tiga gol yang diraih menerusi perlawanan akhir pertama Ahad lepas.

"Jangan letakkan pasukan dalam keadaan selesa kerana kita pernah ditewaskan 1-5 sebelum ini... terlalu banyak implikasi akan timbul ketika bermain di tempat lawan,” katanya. – Bernama

*** Boleh punya !

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP