GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 30 Disember 2010

Aina dan Bapa beliau ( bila hujan ramai orang jadi sejuk )


Di petang hari begini hujan masih lagi menitis..kelihatan Aina menjenguk di muka pintu..Ibu Aina pula sedang sibuk menyediakan kuih Bom kegemaran Aina..

Sementara bapa Aina sedang sibuk berdengkur di dalam bilik..

'' Emak..kenapa bila hujan hujan begini ramai orang rasa sejuk ''..kata Aina kepada Ibunya..

'' Eh..tak juga Aina..ada juga yang rasa panas..macam emak ni rasa panas sebab sedang mengoreng kuih bom ''..jawab Ibu Aina..

'' Tapi tadi Aina tengok Aboh berselimut siap berdengkur lagi, tentu Aboh juga rasa sejuk kan emak''..kata Aina..

'' Aboh kau tu memang lah..balik saja dari kerja tadi terus saja masuk bilik..dan tak dan tidor..bila terjaga nanti tau pula nak makan nak minum..ada ke dia nak tolong kita masak ke hapa ke bla! bla! bla! bla!bla bla! bla! '' kata Ibu Aina dengan bebelannya..

Tiba tiba Bapa Aina pun terjaga ..

'' Kenapa Aboh bangun..tadi nampak macam tekun je tidur ''..tanya Aina..

'' Tu lah emak Aina tu sudah bikin panas sama Aboh dengan bebelannya itu ''..jawab Bapa Aina..

*** Jadi bila suhu menjadi sejuk...tidak semestinya kita merasa sejuk juga..adakala panas yer..


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP