GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 6 Januari 2011

Surat terbuka dari Uncle ( PENGGUNAAN WIDGET MUSIC PLAYER AUTOMATIC DALAM BLOG )

Tuan / Puan

PENGGUNAAN WIDGET MUSIC PLAYER AUTOMATIC DALAM BLOG

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sejak kebelakangan ini sudah wujud kembali sistem music player secara automatic dan ianya diguna secara berleluasa tanpa sekatan dan teguran dari pihak-pihak yang ingin membuat teguran. Kemungkinan ia datangnya dari blogger yang masih baru dan mungkin tidak tahu akan implikasi penggunaannya.

3. Tidak salah jika menggunakan music player didalam sesuatu blog, tapi seharusnya carilah yang boleh di "mute" kan supaya senang bagi blogger lain yang datang melawat, umpama jika ada tetamu datang ke rumah time kita pasang radio sampai nak pecah gegandang telinga, adalah tidak patut dan tidak sesuai sekali. Sesungguhnya implikasi akan wujud kerana ianya boleh menyebabkan perasaan kurang senang. kurang selesa dikalangan pelawat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

4. Seharusnya kita perlu tahu, bukan semuanya line internet " laju tahap dewa " ada sesetengah dari kita hanya mempunya line "sekadar cukup makan " maka sewajar nya diberi perhatian. player music yang dibuka secara automatik akan menyebabkan loading atau akses ke blog anda menjadi semakin bertambah lambat. Itu uncle belum sentuh lagi pasal perletakan widget serba merepek yang tiada kena mengena dengan blog kita yang sungguh meriah alam. Bagaikan satu pesta seolah-olah berlumba ingin menjadi blog terchantek abad ini.

5. Uncle sekadar menasihati, jika ada wujud rasa keprihatinan dari pihak tuan / puan, maka ambilah nasihat uncle ini sebagai rujukan. kepada mereka yang masih baru, uncle mohon maaf jika teguran uncle meninggakan sedikit gurisan, tapi semuanya untuk kebaikan manusia sejagat sebelum isu ini akan dibangkitkan oleh blogger yang lebih senior. takut cakap-cakap mereka lebih memedihkan, lebih menyakitkan. boleh tinggal parut buat selamanya.

6. Jika ada perasaan mengatakan " Ini blog saya, suka hati saya lah " sebagai cogan kata kita setiap hari, maka tukarlah ianya dengan segera. dalam blog pun kita mesti lah hidup bermasyarakat. jika mahu jadi kera sumbang, atau nak buat hal sendiri, jangan lupa jadikan blog anda sebagai blog yang tidak boleh di akses oleh sesiapa.

7. Diharap kata-kata uncle ini akan diambil perhatian semua. Kerjasama anda amatlah uncle hargai.

Sekian terima kasih

SAYA YANG MENURUT PERINTAH

*
( UNCLEPUNYABLOG.COM )

s.k. boleh copy dan paste entry uncle sebagai edaran kepada semua

* disebabkan bahan bercetak maka tandatangan tidak perlu digunakan.

Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP