Sembang pagi minggu ( pinangan )
Hari minggu tiada acara apa apa encik Topik awal awal lagi sudah bersidai disebuah kedai kopi bersama rakan satu tamannya iaitu Rosli Ghani.. sambil minum pagi ( mgetea ) dan pekena nasik berlauk maka sempat lah dia orang berborak borak..
'' Semalam pergi ke rumah Pak Harun Rimau..majlis risik merisik untuk pertunangan anak dara beliau ''..kata encik Topik..
'' Dah tu guana ..senang ke Pak Harun Rimau terima..bukan ke dah 7 orang telah masuk meminang semua tidak mampu dengan hantaran yang di letakkan oleh keluarga Pak Harun Rimau tu..seorang pegawai kerajaan tak mampu..baru baru ni seorang guru cuba meminang..bila sebut sahaja hantaran terus guru itu tidak mampu ''..kata Rosli Ghani..
'' Memang betul..tapi kali ni Pak Harun Rimau letak hantaran 17 ribu serba satu terus pihak lelaki tidak menolak dan tidak pula mau potong harga ''..kata encik Topik..
'' Ohh..hebat tu..apa pekerjaan yang meminang kali ni ''.. tanya Rosli Ghani..
'' Penoreh Getah ''..jawab encik Topik.