Dating di Jeti Kuala Tembeling
Hari ini kerja luar lagi..kali ini dikawasan Jeti Kuala Tembeling..Pintu masuk ke Taman Negara melalui jalan Sungai..
Oleh kerana kome sampai pagi..maka persekitaran disini tidak sibuk dengan pelancong pelancong yang menaiki perahu / bot panjang untuk ke Taman Negara..
Kome kongsikan gambar gambar yang dirakam melalui kamera yang tidak seberapa harganya..tapi boleh lah..
* Landasan..bukan landasan keretapi..tapi landasan untuk menurunkan beg serta barang barang keperluan pelancong..
* Permulaan landasan..jika waktu yang sibuk tentunya pelancong pelancong akan berbaris menunggu giliran untuk menurunkan beg serta barang keperluan di sini..
* Sampai disini jangan lupa untuk bergambar kenangan di tepi batu ini..
*** Selamat datang ke Jeti Kuala Tembeling.. untuk info tentang Taman Negara anda google lah sendiri..ada banyak website serta blog tentang Taman Negara..