GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 2 Februari 2011

Janda dicekup selang sehari

GUA MUSANG: Seorang janda berusia 28 tahun nyata tidak serik melakukan maksiat apabila dua hari berturut-turut dicekup khalwat bersama pasangan berlainan dalam serbuan di rumah kosong di Kampung Lembaga, awal pagi kelmarin, malah lebih mengejutkan seorang lagi janda berusia 29 tahun turut ditemui dalam bilik di rumah berkenaan bersama temannya.

Serbuan kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan sepasukan Skuad Amru bersama Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Penolong Penguatkuasa Agama Jajahan, Husnie Adabi Abdul Kadir.

Dua pasangan itu dipercayai menceroboh masuk ke rumah terbabit menerusi tingkap berikutan tindakan pemiliknya mengunci pintu.

Pegawai Agama Jajahan, Anuar Hashim berkata, serbuan dilakukan pasukan penguatkuasanya selepas menerima maklumat orang awam berhubung kehadiran dua pasangan bermadu kasih dalam rumah berkenaan.

Menurutnya, pegawai penguat kuasa juga terpaksa memanjat rumah itu menerusi tingkap untuk melakukan pemeriksaan terhadap kediaman berkenaan, namun tidak sempat menahan teman lelaki dua wanita terbabit yang meloloskan diri.

“Sebaik memasuki rumah terbabit, kami menemui dua janda termasuk seorang daripadanya pernah ditangkap khalwat sehari sebelumnya di Kampung Jerek Kaling.

“Pagi ini (kelmarin), janda yang tinggal di Kampung Sungai Terah sekali lagi dicekup berkhalwat dengan teman lelaki lain pula, namun lelaki itu melarikan diri manakala wanita berkenaan tanpa segan silu mengakui kerap menukar teman lelaki,” katanya.

Menurut Anuar, kedua-dua janda itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang sebelum dibawa ke Pejabat Agama Jajahan bagi siasatan lanjut serta dibebaskan dengan ikat jamin.

Beliau berkata, walaupun teman lelaki masing-masing berjaya meloloskan diri, tetapi dua janda itu tetap didakwa berkhalwat di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, 5 April depan..

* Sumber myMetro

''...Nah baca suratkhabar ini ''..kata encik Topik kepada Rosli Ghani..

'' Kau ni kalu isu yang melibatkan janda..memang cepat saja yer ''..jawab Rosli Ghani..

*** Ngantuk pulak dahh...


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP