GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 4 Mac 2011

Sembang Santai Alam Flora tawar hadiah wang tunai RM30,000

* Mohd. Zain Hassan ( CEO AFSB )

KUALA LUMPUR – Anda berhasrat untuk memenangi wang tunai RM30,000? Apa kata jika anda menyertai pertandingan Sembang Santai anjuran bersama Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan akhbar Kosmo! bermula minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan berkata, pertandingan tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat supaya mencintai alam sekitar.

“Kita juga ingin mendedahkan kepada masyarakat mengenai cara-cara pengendalian sisa pepejal yang betul dan dalam masa sama memperkenalkan Alam Flora sebagai sebuah organisasi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pengurusan sisa pepejal,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Jelas beliau, orang ramai boleh menyertai pertandingan tersebut dengan mengikuti artikel peraduan yang disiarkan melalui Kosmo! dan menjawab soalan yang disediakan selain mencipta slogan dan dialog kreatif.

“Kesemua artikel yang disiarkan berkisar mengenai cara pengurusan sisa pepejal mesra alam dan perkhidmatan Alam Flora yang menyeluruh,” ujar beliau.

Mohd. Zain memberitahu, borang penyertaan perlu dihantar bersama dengan tujuh keping kepala akhbar Kosmo! yang boleh didapati pada mana-mana tarikh sepanjang tempoh peraduan berlangsung.

Pusingan pertama peraduan itu akan bermula pada 7 Mac hingga 17 April sementara pusingan kedua bermula pada 18 April hingga 29 Mei.. * Sumber koSmo! Online



*** Kome sayang Alam Flora Sdn Bhd :)


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP