GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 3 Mac 2011

Pencuri getah beku ( sekerap ) di belasah


'' Aboh..getah beku atok kena curi lagi ''..begitu perbualan melalui telipon kawan bersama encik Amirul..

'' Lor..naya lah Ami Der`..dia toreh kawasan itu.. berapa kos anggaran kerugian atok? ''..tanya kawan..

'' Ada lah dalam kira RM450 ''..jawab encik Amirul..

Begitu lah.. musim harga getah semakin meningkat sekarang ini.. dengan sewenang pencuri getah beku bermaharaja lela.. tidak mengira siapa punya..mau rasa nak semelih jika dapat tangkap itu pencuri pencuri..

Hari ini ada lagi kes berlaku di Pekan Pahang :

PEKAN: Malang bagi empat sahabat yang cuba mengambil kesempatan kenaikan harga getah sekarang apabila mereka dibelasah penduduk kampung hingga lembik ketika mencuri getah beku bernilai kira-kira RM200 di Paloh Hinai dan Bukit Kenau, Pulau Manis, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, empat suspek berusia 20-an berpecah kepada dua kumpulan mencuri getah beku di dua kawasan berkenaan.

Penduduk kampung yang berjaga malam dan membuat rondaan berikutan banyak kejadian getah beku dicuri sebelum ini, terserempak dengan kelibat dua lelaki mencurigakan kerana berjalan sambil memikul guni.

Penduduk mengejar selepas arahan meminta berhenti tidak diendahkan dua lelaki itu dan mereka ditahan selepas dikepung penduduk.

Mereka mendapati dua guni yang dibawa dua lelaki berkenaan mengandungi getah beku dan agak dikesalkan kerana penduduk mengambil tindakan sendiri membelasah suspek sehingga lembik sebelum diserahkan kepada anggota polis di Balai Polis Paloh Hinai.

Suspek dibawa ke Hospital Pekan (HP) rawatan sebelum dibenarkan keluar dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan untuk soal siasat.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahya Othman, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.. * Sumber myMetro

*** Nak buat macam mana lagi.. itu rezeki untuk pencuri.. hah! .. sakit hati oo..orang penat penat toreh getah..senang senang lain orang yang angkat getah ''..


Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP