GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 3 Mac 2011

Pencuri getah beku ( sekerap ) di belasah


'' Aboh..getah beku atok kena curi lagi ''..begitu perbualan melalui telipon kawan bersama encik Amirul..

'' Lor..naya lah Ami Der`..dia toreh kawasan itu.. berapa kos anggaran kerugian atok? ''..tanya kawan..

'' Ada lah dalam kira RM450 ''..jawab encik Amirul..

Begitu lah.. musim harga getah semakin meningkat sekarang ini.. dengan sewenang pencuri getah beku bermaharaja lela.. tidak mengira siapa punya..mau rasa nak semelih jika dapat tangkap itu pencuri pencuri..

Hari ini ada lagi kes berlaku di Pekan Pahang :

PEKAN: Malang bagi empat sahabat yang cuba mengambil kesempatan kenaikan harga getah sekarang apabila mereka dibelasah penduduk kampung hingga lembik ketika mencuri getah beku bernilai kira-kira RM200 di Paloh Hinai dan Bukit Kenau, Pulau Manis, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, empat suspek berusia 20-an berpecah kepada dua kumpulan mencuri getah beku di dua kawasan berkenaan.

Penduduk kampung yang berjaga malam dan membuat rondaan berikutan banyak kejadian getah beku dicuri sebelum ini, terserempak dengan kelibat dua lelaki mencurigakan kerana berjalan sambil memikul guni.

Penduduk mengejar selepas arahan meminta berhenti tidak diendahkan dua lelaki itu dan mereka ditahan selepas dikepung penduduk.

Mereka mendapati dua guni yang dibawa dua lelaki berkenaan mengandungi getah beku dan agak dikesalkan kerana penduduk mengambil tindakan sendiri membelasah suspek sehingga lembik sebelum diserahkan kepada anggota polis di Balai Polis Paloh Hinai.

Suspek dibawa ke Hospital Pekan (HP) rawatan sebelum dibenarkan keluar dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan untuk soal siasat.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahya Othman, ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.. * Sumber myMetro

*** Nak buat macam mana lagi.. itu rezeki untuk pencuri.. hah! .. sakit hati oo..orang penat penat toreh getah..senang senang lain orang yang angkat getah ''..


20 Merujuk kepada perkara diatas :

Aku Anak Pahang 3 Mac 2011 pada 12:37 PTG  

Amacam pasang jerangkap samar aje kat pokok getoh tu :)

hazari. 3 Mac 2011 pada 12:46 PTG  

kena keliling kebun tu dengan pakar elektrik

sitinaminah02 3 Mac 2011 pada 12:57 PTG  

mamat yg curi getah kt kampung, kena belasah beramai-ramai. jahat sgt

sukaxplo 3 Mac 2011 pada 1:07 PTG  

salam..
lawo header aok wehh,,baru buat ke?

senyumm 3 Mac 2011 pada 1:10 PTG  

bbrpa thn lpas tmpt sy ade org kne belasah sbb curi getah beku..arwah org tu..isk3

terokai seni 3 Mac 2011 pada 1:53 PTG  

tanok kena blasoh jangan mencurik

kakmelor 3 Mac 2011 pada 1:54 PTG  

buat pondok mcan pondok menunggu durian...stngh jm skali ronda skeliling kebun getoh tu...

kakmelor 3 Mac 2011 pada 1:54 PTG  

buat pondok mcan pondok menunggu durian...stngh jm skali ronda skeliling kebun getoh tu...

sud@is 3 Mac 2011 pada 2:28 PTG  

kalau la dapt tangkap pukul smpai lembik

azzey 3 Mac 2011 pada 3:02 PTG  

Saje nak cari penyakit le tu. byk lg keje halal yg lain.

endiem 3 Mac 2011 pada 3:13 PTG  

pakat ajak rukun tetangga buat srs dalam kebun getah pulak..

Tanpa Nama ,  3 Mac 2011 pada 3:35 PTG  

sib baik pokok getah xleh cabut..klu tak mesti kena angkut gak

zulkbo 3 Mac 2011 pada 4:43 PTG  

salam..
nasib baik tak kena
curah cuka getah..idok
lagi paroh..he he

Ayohngoh 3 Mac 2011 pada 4:45 PTG  

dulu,tahi getah ambe kene curi gok....ambe tau sape yg curi tp ambe xdop bukti kukuh..kalu ade bukti kukuh blh la ambe g lepok pale ye...mase 2 getoh rm 5 lbh skilogram..

eelobor 3 Mac 2011 pada 5:27 PTG  

harga getal mahal pun susah harga murah pun susah. pening....

Nancypoh 3 Mac 2011 pada 8:54 PTG  

Adei..penat-penat orang g noreh, dia pun penat2 nak g curi..kan dah kena belasah..

Admin 3 Mac 2011 pada 9:07 PTG  

kalau kat kg kome te moh mati kena belasoh tuhhh

Terkini dari AUC dot com: PC Pikom Fair 2011

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP