GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 3 Mac 2011

Peugeot milik Presiden Iran dibeli RM7.5 juta


TEHERAN - Sebuah kereta Peugeot 504 keluaran tahun 1977 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dijual pada harga AS$2.5 juta (RM7.5 juta) dalam satu lelongan antarabangsa kelmarin, kata laman web Pertubuhan Kebajikan Iran.

Sebuah syarikat yang membeli kereta itu tidak mahu identitinya didedahkan, kata kenyataan pertubuhan berkenaan selepas lelongan tersebut berlangsung di bandar Abadan, barat daya Iran.



* KETUA Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari (dua dari kanan) membuka pintu untuk Mohammad Isari (kanan) yang mewakili seorang pelanggannya yang membeli kereta Peugeot 504 milik Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad di Abadan kelmarin.


"Klien saya membeli kereta itu kerana meminati Mahmoud yang mengamalkan pendirian yang bencikan keangkuhan dan fahaman Zionisme," kata seorang peguam Mahmoud Esari.

Beliau mewakili syarikat berkenaan untuk membeli kereta itu dalam satu majlis lelongan di Abadan kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Iran, Ahmad Esfandyari memberitahu, lebih sejuta pembida mendaftar di laman web bidaan tersebut.

Katanya, terdapat juga bidaan-bidaan yang datang dari Eropah, Asia dan Amerika Syarikat.

Pada 1 Januari lalu, Mahmoud melancarkan laman web www.ahmadinejad-car.com untuk mengundang bidaan antarabangsa untuk kereta itu.

Hasil jualan kereta tersebut akan digunakan bagi membiayai pembinaan 6,000 kediaman untuk wanita miskin dan golongan tidak berkemampuan. - AFP

* Sumber koSmo Online

*** '' Selamat hari khamis ''....


13 Merujuk kepada perkara diatas :

Cik SHiNJU 3 Mac 2011 pada 8:48 PG  

Bagusnye Ahmadinejad neh..

Aku Anak Pahang 3 Mac 2011 pada 10:28 PG  

Kete kita kalau lelong dpt brapa gamoknya hehehe :)

endiem 3 Mac 2011 pada 10:50 PG  

kereta ni bagus buat lumba drif..

Alimaz-Kembara Terasing 3 Mac 2011 pada 10:53 PG  

seorang presiden yang bagus.... suka sangat dengan dia nih.... apa yang dia buat semua untuk rakyat...

azzey 3 Mac 2011 pada 11:23 PG  

Bagusnya. mmg murni sungguh hasrat tu.

Tanpa Nama ,  3 Mac 2011 pada 11:44 PG  

1977 tu MDT baru lahir..kiranya MDT pun antik lah..lalalalala :P

kakmelor 3 Mac 2011 pada 11:48 PG  

gune deme tak teringin ke..nok mbeli kete tu..releven ??he.he..

Unknown 4 Mac 2011 pada 12:13 PG  

Agaknye kalau keta PM kita kalau di lelong adakah harganya akan sama dengan harga kereta "buruk" ahmadinejad ni?hehehe

Mahalnya binatang kerana dagingnya,mahalnya emas kerana warnanya,mahalnya manusia kerana Pekertinya..
Fikir-fikirkanlah

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP