GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 9 Mac 2011

Jejak peminjam yang tidak mau bayar PTPK melalui Facebook

Siap sedia kepada sesiapa yang meminjam dan berniat tidak mau bayar untuk Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) akan di jejaki melalui Facebook..



* MAZNAH mencuba talian dengan menghubungi peminjam selepas Pelancaran Pusat Panggilan PTPK sambil diperhatikan oleh Ali Badaruddin (berkaca mata) di Kuala Lumpur kelmarin
.


KUALA LUMPUR – Laman sosial Facebook yang sering menjadi wadah kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kini menjadi medium kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) untuk menjejaki peminjam.

Ketua Eksekutif PTPK, Ali Badaruddin Abd. Kadir berkata, sejak akaun Facebook pihaknya dilancarkan pada Februari tahun lepas, ia telah berjaya menjejaki seramai 1,460 peminjam.

“Malah, kami berjaya mengutip bayaran ansuran pinjaman sebanyak RM88,046 sejak laman sosial itu dilancarkan.

“Kita berkomunikasi dengan para peminjam dengan baik selain memberikan pilihan untuk membayar ansuran pinjaman. Jika tidak dapat membayar secara penuh jumlah pinjaman ditetapkan setiap bulan mereka boleh bayar setakat mana mereka mampu,” katanya..

* Sumber koSmo! Online

*** Elok juga selepas ini tentu TEKUN,MARA,PTPTN dan yang lain lain termasuk Syarikat kewangan berlesen akan mengambil langkah yang sama.. kalau yang tiada akaun Facebook tu..nak jejak macammana yer?



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP