Mengawan ( Sendal malam khamis )

Suatu hari Pegawai Haiwan dan isterinya pergi melawat pusat pembiakan lembu yang ternama ..untuk mendalami proses pembiakan Lembu.. Seorang petugas dengan semangatnya menjelaskan proses pembiakan lembu tersebut..
"Encik dan Puan.. Lembu kami ini mampu mengawan sebanyak 5 kali sehari"..kata petugas
Mendengar penjelasan itu.. dengan pantas isteri Pegawai itu berbisik ke telinga suaminya..
"Dengar tu.. Lembu pun mampu mengawan sampai lima kali sehari bukan macam abang..!" kata isteri pegawai Haiwan tersebut.
Mendengar komen isterinya itu.. Pegawai tersebut cuma masam muka saja. Kemudian petugas di depannya tadi meneruskan penerangan...
"Lembu ini mampu mengawan dengan lima lembu betina berlainan sehari!"..kata petugas
Pegawai Haiwan dengan senyuman lantas membisik ke telinga isterinya..
"Dengar tu.. Lima kali sehari dengan lima betina yang berlainan.. yang ni boleh aje.. "..kata Pegawai Haiwan..



