Ugut sebar aksi seks di internet
Tweet

* KAMERA mini yang dipasang pada kunci kereta digunakan sindiket merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa sebelum mengugut menyebarkannya di internet.
Bermodalkan kamera mini berharga tidak sampai RM50, satu sindiket peras ugut di ibu negara dikesan memperoleh keuntungan jutaan ringgit dengan hanya merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa mereka sebelum mengugut menyebarkannya ke internet.
Sindiket itu yang didalangi warga asing, dipercayai dari China dan Afrika, menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan yang berpendapatan tinggi sebagai sasaran utama.
Difahamkan, anggota sindiket dan mangsa mereka, yang sebahagian besar-
nya sudah berkahwin dan berkeluarga, mula berkenalan atas urusan perniagaan sebelum memperdayakan mangsa untuk jatuh cinta sehingga mengadakan hubungan seks di hotel mewah di bandar raya ini.
Mangsa yang ghairah menikmati ‘keseronokan baru’ tidak menyedari adegan seks itu dirakamkan menggunakan kamera mini, yang biasanya disembunyikan dalam rantai kunci kereta, sebelum mengugut mangsa membayar wang dan jika enggan, gambar berkenaan akan disebarkan ke internet..
* Sumber Berita Harian Online

* KAMERA mini yang dipasang pada kunci kereta digunakan sindiket merakamkan gambar bogel dan adegan seks mangsa sebelum mengugut menyebarkannya di internet.
Sindiket itu yang didalangi warga asing, dipercayai dari China dan Afrika, menjadikan golongan profesional dan ahli perniagaan yang berpendapatan tinggi sebagai sasaran utama.
Difahamkan, anggota sindiket dan mangsa mereka, yang sebahagian besar-
nya sudah berkahwin dan berkeluarga, mula berkenalan atas urusan perniagaan sebelum memperdayakan mangsa untuk jatuh cinta sehingga mengadakan hubungan seks di hotel mewah di bandar raya ini.
Mangsa yang ghairah menikmati ‘keseronokan baru’ tidak menyedari adegan seks itu dirakamkan menggunakan kamera mini, yang biasanya disembunyikan dalam rantai kunci kereta, sebelum mengugut mangsa membayar wang dan jika enggan, gambar berkenaan akan disebarkan ke internet..
* Sumber Berita Harian Online
*** Bisnes baru yang sangat menguntungkan..begitu lah bijaknya warga asing..dengan senang hati datang ke negara kita ini melakukan pencarian wang dengan cara yang sangat tidak berhemah..
Read more...



