GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 1 Januari 2012

Izreen Azminda : Tak terjejas dek fitnah


* Izreen Azminda

“PEREMPUAN itu buat cerita saja. Bila minta bukti tak tunjuk, malah bila ditanya keluarga Riza, mereka tidak pernah menghantar rombongan meminang kepada sesiapa pun,” jelas pelakon yang mula dikenali melalui drama bersiri Juvana, Izreen Azminda mengenai gosip mengatakan pelakon itu merampas tunangan orang.

Malah, bakal tunang Izreen juga dikatakan lelaki bermasalah dan mempunyai anak luar nikah. Pelbagai tuduhan dan tohmahan melanda pasangan itu selepas Izreen mengumumkan dia akan bertunang dengan Mohammad Riza Baharuddin (Riza) yang juga orang produksi.

Dalam dakwaan itu, Riza dikaitkan masih menjadi tunangan Rafeda yang juga pengurus produksi. Malah, Riza dikatakan pernah berkahwin dengan Julia Daud yang juga bekas isteri pelakon Badrul Muhayat tetapi wanita itu ditinggalkan ketika sarat mengandung anak pertama.

Malah, Rafeda juga didakwa pernah bercuti ke luar negara bersama Riza serta masih menyimpan foto dan video sebagai bukti. Selain itu, mereka dikatakan hampir mempunyai anak luar nikah namun mengambil keputusan menggugurkannya kerana Riza masih bergelar suami Julia.

Izreen yang bakal bergelar tunangan Riza pada hari ini menyifatkan dakwaan itu usaha menjatuhkan Riza dan dirinya. Pun begitu, sebagai pelakon yang baru meningkat naik, Izreen akui tertekan tapi menganggap ia isu negatif yang perlu diletak ke tepi.

Dia turut dilontar soalan tidakkah terdetik di hati perasaan marah atau cuba menyelidik dengan lebih mendalam latar belakang bakal tunangnya? Apatah lagi kisah panas kedua pasangan berkenaan terus dicanang dalam laman sesawang sehingga setiap inci kisah silam Riza dibongkar.
“Saya sebenarnya dapat tahu pasal hal ini kelmarin (Khamis). Bila diberitahu teman rapat mengenainya dan membaca tuduhan itu, perkara pertama terlintas ialah, kenapa ini boleh berlaku dan apa tujuannya? “Namun bila difikirkan semula, mungkin ada yang tidak puas hati dengan kami. Riza mungkin ada sejarah silam tapi sebagai manusia biasa, dia patut diberi peluang kedua.

“Pun begitu, saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan mengenai masa silamnya. Yang penting, saya percayakan tunang saya. Saya ada bercakap dengannya pasal isu ini dan meminta dia berterus terang jika ada perkara yang cuba disembunyikan daripada saya.

“Secara jujur, keluarga saya belum tahu mengenai isu ini tapi sebaik saja mereka tahu, mungkin selepas membaca artikel ini, saya akan berdepan dan menjelaskan perkara sebenar.

“Saya harap sangat satu hari nanti Tuhan akan tunjukkan kebenaran, siapa benar dan siapa salah,” katanya tenang.

Ketika dihubungi SELEBRITI kelmarin, pelakon yang turut membintangi drama Tentang Dhia ini menyifatkan dalam hubungan perlu ada kepercayaan. Walaupun pasangan pernah mempunyai sejarah hitam, ia tidak bermakna pasangan itu akan mengulanginya.

“Harapan saya biar pertunangan ini yang pertama dan terakhir buat saya. Jika berjalan lancar, saya harap peminat doakan yang terbaik untuk kami.

“Saya tidak mahu lagi cerita kontroversi dipaparkan di media dan jika ada masalah, biar diselesaikan antara kami saja.

“Lakonan cinta pertama saya dan Riza pun tidak menghalang jika saya terus bergiat dalam bidang ini. Tambahan pula dia juga orang dalam industri ini dan tahu selok-belok bidang ini.

“Kalau boleh, saya mahu fokus dengan karier dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi. Saya tidak nafikan kadangkala kontroversi boleh membantu menaikkan nama artis, tapi pada masa sama ia boleh buat saya ‘down’ dan memberi kesan kepada kerjaya saya.

“Apapun, saya anggap semua itu perkara biasa yang harus ditempuh,” katanya yang berharap dapat mendirikan rumah tangga sebelum sambutan Aidilfitri depan.

Majlis pertunangan yang diadakan di rumah keluarga Izreen di Alor Setar hari ini hanya dihadiri beberapa teman rapat dan keluarga terdekat serta berlangsung secara sederhana.

* Sumber myMetro



Read more...

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP