Kumpulan nasyid AS adakan persembahan di Malaysia
Tweet
Read more...
KUALA LUMPUR 1 Jan. - Kumpulan Native Deen dan Kareem Salama dari Amerika akan mengadakan persembahan di sini bulan depan untuk memupuk keamanan, terutama dalam kalangan generasi muda.
Native Deen, yang dianggotai Joshua Salaam, Abdul Malik Ahmad dan Naeem Muhammad, adalah antara kumpulan nasyid terkenal di Amerika yang mempersembahkan lagu-lagu berentak hip-hop dan R&B, manakala Kareem Salama pula merupakan satu-satunya penyanyi beragama Islam yang terkenal dengan lagu-lagu berentak country pop dan rock.
Mereka dibawa ke sini oleh Nizal.Com Sdn Berhad, dengan kerjasama syarikat sekutunya di Amerika.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, pengarah Nizal.Com, Nizal Mohammad berkata, melalui persembahan mereka, Native Dean dan Kareem Salama ingin memupuk keimanan dan nilai keIslaman dalam kalangan generasi muda melalui muzik.
Tarikh dua artis itu mengadakan persembahan akan diumumkan kemudian, katanya.
— BERNAMA